Pages

Ads 468x60px

Wednesday 12 December 2012

TARANNUM



 Assalamualaikum… Singgah Sebentar pada kali ini meneruskan lagi entry berkenaan tartil dalam bacaan al-Quran. Sebelum ini kita sudah membincangkan dua ciri-ciri bagi memenuhi konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Yang pertama tahsin al-saut, kedua al-tajwid dan tajuk yang terakhir bagi mendapatkan konsep ini ialah al-tarannum.



Al-Tarannum merupakan satu kaedah yang melahirkan seni bunyi bacaan al-Quran dengan lebih sempurna dan lebih cantik. Bertarannum dalam bacaan al-Quran adalah sunat. Sabda Rasulullah s.a.w:

غنوا بالقرأن ليس منا من لم يتغن بالقرأن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا

Maksudnya: Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu, kerana bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran dan menangislah, jika tidak mampu menangis, maka buatlah olok-olok menangis.

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri memerintahkan umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran dan mempertikaikan golongan umatnya yang tidak mahu melagukan bacaan al-Quran.

Apakah itu tarannum?

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link yang disediakan.





0 comments:

Post a Comment

 

Sample Text

Sample Text