Pages

Ads 468x60px

Wednesday 12 December 2012

TARANNUM HIJAZ



Walau di mana anda berada, apa pun dugaan melanda, kita akan tetap meneruskan pembelajaran kita ini, sebelum saya muak nak menulis dalam entry ini. hehe…. Kali ini, kita pergi kepada tarannum yang ketiga iaitu tarannum Hijaz.


Ini kumpulan hijaz ye... Bukan tarannum hijaz.. Apa itu tarannum Hijaz?

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah.

Pada istilahnya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.

Sifat-sifat Tarannum Hijaz ialah:

1.  Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan.
2.  Mempunyai ketegasan pendorong semangat.
3.  Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.
4.  Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat.
5.  Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah.

Di antara peranan tarannum hijaz:

1.  Memberi semangat kepada persembahan bacaan.
2.  Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
3.  Memberi tenaga kepada Tarannum yang akan dibaca.
4.  Membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran.
5.  Membawa kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
6.  Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

Bersama-sama kita menghayati tarannum hijaz yang akan dibaca oleh seorang qari yang tidak asing lagi di Negara kita ini. Moga anda manfaatkannya, Insyaallah…..

Qari: Ust. Radzi Kamarul Hailan

0 comments:

Post a Comment

 

Sample Text

Sample Text