Pages

Ads 468x60px

Wednesday 12 December 2012

TAJWID



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Ciri yang kedua bagi mendapat konsep tartil dalam bacaan al-Quran ialah al-Tajwid. Tajwid adalah kaedah pengawalan huruf-huruf dan ayat-ayat al-Quran mengikut apa yang dikehendaki oleh hukum-hukum tajwid. Hukum bertajwid pada bacaan al-Quran adalah wajib. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

 Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadaNya.

Tajwid dari segi bahasa bermaksud memperelokkan sesuatu. Menurut istilah ilmu Tajwid pula ialah mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memberi hak sifat yang asli dan hak sifat yang mendatang padanya.

Hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah “Fardu Kifayah”, dan hukum semasa membaca dengan menggunakan Tajwid adalah “Fardu ‘Ain”. Bertajwid pada bacaan al-Quran, boleh menyedapkan dan menghiasi bacaan tersebut. Sesiapa yang membaca al-Quran dengan tajwid yang betul, seperti mana ianya diturunkan, maka sesungguhnya telinga orang yang mendengar akan berasa seronok, akan memberi kesan kepada jiwa dan menenangkan hati pembacanya.

Pelbagai hukum yang terdapat dalam ilmu tajwid. Tetapi sebagai pengenalan, saya akan menerangkan salah satu hukum yang mana para imam dan pembaca al-Quran terlepas pandang apabila membacanya. Tajuk yang ingin saya terangkan ialah hukum nun sakinah dan tanwin. Pada penerangan kali ini, saya lebih suka menggunakan power point. Jadi, sama-sama kita lihat dan selamat beramal.


p/s: kalau tak boleh buka, X dapek den nak nolong tu do...

0 comments:

Post a Comment

 

Sample Text

Sample Text