Pages

Ads 468x60px

Wednesday 12 December 2012

TARANNUM NAHAWAND



Kita masih lagi dalam tajuk yang sama iaitu konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Sekarang kita berada dalam ciri yang ketiga untuk mendapatkan bacaan tartil tersebut iaitu al-Tarannum. Bayati sudah kita kenali, Soba sudah kita ketahui, Hijaz pun sudah kita dengari, kini sampailah waktu Nahawand memperkenalkan diri.

Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi.
Pada istilah ilmu Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.   

Di antara sifat-sifat tarannum nahawand:

1.  Mempunyai gerak ringan yang berkesan.
2.  Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan.
3.  Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.
4.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
5.  Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan.
6. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, mencerita dan sebagainya.

Peranan Tarannum Nahawand ialah:

1.  Mampu melembutkan bacaan al-Quran.
2.  Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Dapat memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon dan mencerita.
4.  Dapat melahirkan kefasihan sebutan huruf.
5.  Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran.

 Qari: Ust. Radzi Kamarul Hailan


1 comments:

 

Sample Text

Sample Text