Pages

Ads 468x60px

Monday 10 December 2012

SKOP PECAHAN TARTIL


Bertemu kita kembali di blog Singgah Sebentar bagi meneruskan lagi pengajaran dan pembelajaran kita pada kali ini. Sebelum ini, saya telah kemukakan sedikit pendahuluan mengenai tajuk blog saya, iaitu Konsep Tartil Dalam Bacaan Al-Quran. Pada kali ini, saya akan menghuraikan sedikit bagaimana hendak mencapai konsep tartil itu.

Bacaan Tartil bukan hanya sekadar mengetahui  dan memahami hukumnya sahaja, tetapi juga perlu diusahakan dan diketemukan bacaannya dengan tepat. Ianya bermula dari peringkat awal pengajian (kanak-kanak) dan seterusnya ke peringkat amalan dan penghayatan.





Jika prinsip ketartilan bacaan al-Quran itu tidak dapat difahami dan tidak dihayati oleh guru-guru pengajian al-Quran, maka tentunya murid-murid tidak dapat membaca dengan Tartil, lebih-lebih lagi masyarakat islam umumnya.

Perkataan Tartil dari segi bahasa ialah memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa tergopoh-gopoh.

 Menurut istilah tajwid, Tartil ialah membaca al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Menurut Saidina Ali r.a pula, pengertian Tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf al-Quran dan mengetahui wakafnya.


Mengikut kitab yang dikarang oleh Haji Nik Jaafar B Nik Ismail, skop pecahan tartil tergabung dari tiga ciri, iaitu:

1)  Tahsin Al-Saut
2)  Al-Tajwid
3)  Al-Tarannum

Jadi, pada setiap ciri-ciri tersebut, memerlukan penerangan yang mendalam. Insyaallah ciri-ciri ini akan diterangkan pada post yang akan datang, kerana anda memerlukan kesediaan bagi menerima ilmu ini. Anda rehat dengan secukupnya, kita akan bertemu pada post yang akan datang. Kerana pembelajaran kita selepas ini lebih mencabar. Sebelum kita akhiri perjumpaan ini, saya hidangkan anda pemanis telinga untuk disantap bersama. 







0 comments:

Post a Comment

 

Sample Text

Sample Text