Pages

Ads 468x60px

Monday 10 December 2012

TAHSIN AL-SAUT





Pejam celik, pejam celik, sungguh cepat masa berlalu. Kalau pejam tidak celik-celik, maksudnya tidaklah kita masih dapat menghirup udara yang segar ini, kerana telah ditempatkan di alam yang lain. Alhamdulillah.


Bertemu kita kembali dalam Singgah Sebentar bersama saya dalam merungkai sebuah tajuk Konsep Tartil Dalam Bacaan Al-Quran. Seperti mana yang kita tahu, untuk mencapai konsep tatil ini mempunyai kaitan antar ilmu Tajwid dan ilmu Tarannum.

Untuk post kali ini, saya akan menerangkan salah satu di antara tiga ciri-ciri gabungan bagi mendapatkan dan menepati konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Ciri yang pertama, ialah Tahsin Al-Saut.

Apa yang dimaksudkan dengan Tahsin Al-Saut?

Tahsin Al-Saut merupakan kaedah memperelokkan suara dalam membaca al-Quran. Suara adalah merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada manusia yang mana tidak kurang pentingnya di dalam hidup seseorang. Suara berfungsi sebagai alat perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati sama ada suka, duka, kasih, benci, tegah, memohon, merayu, beribadat, bermunajat dan sebagainya. Suara juga amat penting bagi mendapatkan satu bacaan al-Quran yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w:

حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا

Maksudnya:  Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokan bacaan al-Quran itu

Hadis menunjukkan bahawa Tahsin al-Saut adalah paling penting dalam bidang mentartilkan bacaan al-Quran.  Oleh yang demikian, amat sesuai sekali jika ianya dipergunakan dalam bacaan al-Quran kerana Rasulullah s.a.w menggalakkan mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran.

Mereka yang tidak tahu menilai seni adalah dari kalangan mereka yang tidak berseni. Mereka yang tidak berseni itu tentunya tidak tahu menilai Yang Maha Seni iaitu Allah s.w.t. Al-Quran  itu penuh dengan berbagai seni sebagai mukjizat teragung.

Oleh itu, kita mestilah berusaha melahirkan suara yang berseni untuk membaca kalimah-kalimah agung itu. Seperti mana yang diketahui, mengelokkan suara untuk bacaan al-Quran itu adalah sunat. Tanpa suara yang baik dan elok, mustahil al-Quran itu dapat dibaca dengan baik dan terhormat. Sabda Rasulullah s.a.w:

زينوا القرأن بأصواتكم

Maksudnya: Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran itu dengan mempelbagaikan bunyi suara kamu.

Betapa luasnya ilmu Allah. Jadi, itulah serba sedikit penerangan mengenai Tahsin Al-Saut. Bagaimana kita hendak melaksanakan kaedah itu? Kita bertemu pada post akan datang untuk mengetahui bagaimana untuk melaksanakan Tahsin Al-Saut itu. Kita bertemu lagi nanti, wassalam.


0 comments:

Post a Comment

 

Sample Text

Sample Text