Kita masih lagi dalam
tajuk yang sama iaitu konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Sekarang kita berada
dalam ciri yang ketiga untuk mendapatkan bacaan tartil tersebut iaitu
al-Tarannum. Bayati sudah kita kenali, Soba sudah kita ketahui, Hijaz pun sudah
kita dengari, kini sampailah waktu Nahawand memperkenalkan diri.
Perkataan Nahawand adalah
nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi.
Pada istilah ilmu
Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan
oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin
menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya
adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah
hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga
kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat
kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.
Di antara sifat-sifat
tarannum nahawand:
1.Mempunyai gerak ringan yang berkesan.
2.Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan.
3.Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.
4.Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat
sederhana.
5.Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan.
6. Mempunyai kesesuaian
dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, mencerita dan sebagainya.
Peranan Tarannum Nahawand
ialah:
1.Mampu melembutkan bacaan al-Quran.
2.Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Dapat memberi
penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon dan mencerita.
Walau di mana anda berada,
apa pun dugaan melanda, kita akan tetap meneruskan pembelajaran kita ini,
sebelum saya muak nak menulis dalam entry ini. hehe…. Kali ini, kita pergi kepada
tarannum yang ketiga iaitu tarannum Hijaz.
Ini kumpulan hijaz ye... Bukan tarannum hijaz.. Apa itu tarannum Hijaz?
Hijaz adalah nama bagi
suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan
Kota Madinah.
Pada istilahnya ialah nama
bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi
mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang
berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah
pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di
kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah
Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan
kelembutan lughatul Quran.
Sifat-sifat Tarannum Hijaz
ialah:
1.Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan.
2.Mempunyai ketegasan pendorong semangat.
3.Mempunyai kelincahan menghidupkan
persembahan.
4.Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana
tobaqat.
5.Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang
menunjukkan perintah, tegah atau marah.
Di antara peranan tarannum
hijaz:
1.Memberi semangat kepada persembahan bacaan.
2.Memberi kepuasan kepada pembaca dan
pendengar.
3.Memberi tenaga kepada Tarannum yang akan
dibaca.
4.Membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran.
5.Membawa kefasihan sebutan huruf-huruf
al-Quran.
6.Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut
bacaan.
Bersama-sama kita
menghayati tarannum hijaz yang akan dibaca oleh seorang qari yang tidak asing
lagi di Negara kita ini. Moga anda manfaatkannya, Insyaallah…..
Pada pagi/ tengah hari/
petang/ malam yang indah ini, kita teruskan lagi pengajian kita. Untuk entry
kali ini, kita kenal lebih dekat tarannum kedua yang popular di Malaysia iaitu
tarannum Soba.
Perkataan Soba adalah dari
bahasa arab yang memberi erti rindu. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya adalah
nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh pakar Tarannum
arab mengikut budaya mereka.
Kepopularannya di Tanah
Melayu adalah kira-kira selepas perang dunia kedua. Tarannum Soba yang kita hayati
sekarang adalah hasil ubahsuaian oleh qari-qari Mesir mengikut budaya mereka.
Ianya amat terserlah sekali, sehinggakan di mana sesuatu persembahan tilawah
al-Quran yang tidak dimasukkanTarannum
Soba, maka dirasakan belum lengkap.
Di antara sifat-sifatnya
ialah:
1.Mempunyai gerak ringan yang menusuk jiwa.
2.Mempunyai alunan yang lembut mendayu.
3.Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat
sederhana.
4. Mempunyai kesesuaian
dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Di antara peranan Tarannum
Soba ialah:
1.Menenangkan persembahan bacaan.
2.Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
3.Memberi kefasihan sebutan huruf-huruf
al-Quran.
4.Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut
bacaan.
Berjumpa lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah saya diberi
kekuatan dan kerajinan untuk berkongsi ilmu bersama para pengunjung blogini bagi meneruskan lagi pengajian kita yang
bertajuk konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Seperti mana yang kita tahu,
terdapat tujuh buah lagu tarannum yang popular di Malaysia. Untuk post kali
ini, saya akan menerangkan mengenai lagu yang pertama berserta dengan contoh
lagu Bayati.
Perkataan Bayati adalah dari bahasa arab yang bererti rumah atau
tempat kediaman. Pada istilahnya, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan
Tarannum yang dipopular oleh qari-qari arab terutama qari Mesir.
Tarannum Bayati mula diperkenalkan di Tanah Melayu ini kira-kira
pada tahun 1940-an.Sehingga kini ianya amat terserlah sekali. Jika sesuatu
persembahan bacaan al-Quran itu tidak dimasukkan Tarannum Bayati, maka
dirasakan belum lengkap dan belum sempurna.
Di antara sifat-sifat Tarannum Bayati ialah:
1.Mempunyai kelembutan di
samping ketegasan.
2.Mempunyai kesesuaian
dengan tobaqat sederhana.
3.Mempunyai unsur
keharmonian dan ketenangan.
4.Mempunyai kesesuaian
dengan Tarannum pembukaan dan penutup.
Tarannum Bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri. Di
antaranya ialah:
1.Memantapkan persembahan
bacaan.
2.Menjadi Tarannum
pembukaan dan penutup.
3. Menjadi pengukuran kepada Tarannum yang akan dipersembahkan
sesudahnya.