Pages

Ads 468x60px

Monday 31 December 2012

ShOW TIME

Abih dah Sem 1 DPLI UPSI.....
Po den nak buek ngan blog nie....
Den kona an dulu la yo.... Sobolom ni cito pasal P&P...
Skang, Las' Kupik Pictures akan menghambik alih... Hahaha.. SHOW TIME !!!



Tuesday 18 December 2012

Wednesday 12 December 2012

TARANNUM NAHAWAND



Kita masih lagi dalam tajuk yang sama iaitu konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Sekarang kita berada dalam ciri yang ketiga untuk mendapatkan bacaan tartil tersebut iaitu al-Tarannum. Bayati sudah kita kenali, Soba sudah kita ketahui, Hijaz pun sudah kita dengari, kini sampailah waktu Nahawand memperkenalkan diri.

Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi.
Pada istilah ilmu Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.   

Di antara sifat-sifat tarannum nahawand:

1.  Mempunyai gerak ringan yang berkesan.
2.  Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan.
3.  Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.
4.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
5.  Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan.
6. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, mencerita dan sebagainya.

Peranan Tarannum Nahawand ialah:

1.  Mampu melembutkan bacaan al-Quran.
2.  Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Dapat memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon dan mencerita.
4.  Dapat melahirkan kefasihan sebutan huruf.
5.  Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran.

 Qari: Ust. Radzi Kamarul Hailan


TARANNUM HIJAZ



Walau di mana anda berada, apa pun dugaan melanda, kita akan tetap meneruskan pembelajaran kita ini, sebelum saya muak nak menulis dalam entry ini. hehe…. Kali ini, kita pergi kepada tarannum yang ketiga iaitu tarannum Hijaz.


Ini kumpulan hijaz ye... Bukan tarannum hijaz.. Apa itu tarannum Hijaz?

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah.

Pada istilahnya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.

Sifat-sifat Tarannum Hijaz ialah:

1.  Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan.
2.  Mempunyai ketegasan pendorong semangat.
3.  Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.
4.  Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat.
5.  Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah.

Di antara peranan tarannum hijaz:

1.  Memberi semangat kepada persembahan bacaan.
2.  Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
3.  Memberi tenaga kepada Tarannum yang akan dibaca.
4.  Membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran.
5.  Membawa kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
6.  Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

Bersama-sama kita menghayati tarannum hijaz yang akan dibaca oleh seorang qari yang tidak asing lagi di Negara kita ini. Moga anda manfaatkannya, Insyaallah…..

Qari: Ust. Radzi Kamarul Hailan

TARANNUM SOBA



Pada pagi/ tengah hari/ petang/ malam yang indah ini, kita teruskan lagi pengajian kita. Untuk entry kali ini, kita kenal lebih dekat tarannum kedua yang popular di Malaysia iaitu tarannum Soba.

Perkataan Soba adalah dari bahasa arab yang memberi erti rindu. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh pakar Tarannum arab mengikut budaya mereka.

Kepopularannya di Tanah Melayu adalah kira-kira selepas perang dunia kedua. Tarannum Soba yang kita hayati sekarang adalah hasil ubahsuaian oleh qari-qari Mesir mengikut budaya mereka. Ianya amat terserlah sekali, sehinggakan di mana sesuatu persembahan tilawah al-Quran yang tidak dimasukkan  Tarannum Soba, maka dirasakan belum lengkap.

Di antara sifat-sifatnya ialah:

1.  Mempunyai gerak ringan yang menusuk jiwa.
2.  Mempunyai alunan yang lembut mendayu.
3.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
4. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Di antara peranan Tarannum Soba ialah:

1.  Menenangkan persembahan bacaan.
2.  Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
3.  Memberi kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
4.  Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

QARI: UST RADZI KAMARUL HAILAN

TARANNUM BAYATI





Berjumpa lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kerajinan untuk berkongsi ilmu bersama para pengunjung blog  ini bagi meneruskan lagi pengajian kita yang bertajuk konsep tartil dalam bacaan al-Quran. Seperti mana yang kita tahu, terdapat tujuh buah lagu tarannum yang popular di Malaysia. Untuk post kali ini, saya akan menerangkan mengenai lagu yang pertama berserta dengan contoh lagu Bayati.

Perkataan Bayati adalah dari bahasa arab yang bererti rumah atau tempat kediaman. Pada istilahnya, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopular oleh qari-qari arab terutama qari Mesir.

Tarannum Bayati mula diperkenalkan di Tanah Melayu ini kira-kira pada tahun 1940-an.Sehingga kini ianya amat terserlah sekali. Jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran itu tidak dimasukkan Tarannum Bayati, maka dirasakan belum lengkap dan belum sempurna.

Di antara sifat-sifat Tarannum Bayati ialah:

1.  Mempunyai kelembutan di samping ketegasan.
2.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
3.  Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan.
4.  Mempunyai kesesuaian dengan Tarannum pembukaan dan penutup.

Tarannum Bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri. Di antaranya ialah:

1.  Memantapkan persembahan bacaan.
2.  Menjadi Tarannum pembukaan dan penutup.
3. Menjadi pengukuran kepada Tarannum yang akan dipersembahkan sesudahnya.
4.  Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran.
5.  Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

Jadi, mari sama-sama kita kenali tarannum bayati dengan lebih dekat.

Qari: Ust Dusuki
 

Sample Text

Sample Text